Program Lawatan ke PJ Eco Recycling Plaza

by haramakers

Kerjasama jangka masa panjang dengan komuniti Lembah Subang 2, KRT Block C dengan tajaan KPKT Lembah Subang 2 dan sokongan daripada @pjecorecyclingplaza PJ Eco Recycling Plaza, komuniti Lembah Subang 2 berjaya melaksanakan program lawatan ke PJ Eco Recycling Plaza pada pagi ini. Lawatan ini akan memberikan pendedahan kepada komuniti tentang inisiatif kitar tinggi yang dijalankan di Plaza seperti melihat pameran plastik kitar tinggi Hara Makers dan produk yang dihasilkan oleh komuniti Lembah Subang 2. Selain itu komuniti juga mendapat ilmu pengetahuan hasil perkongsian daripada Faisal @impactlution.ecobrickmy Impactlution yang mengajar komuniti tentang proses membuat Ecobricks.

Semoga komuniti mendapat manfaat daripada lawatan ini.

Source: Information obtained from hara.makers

You may also like