Program River Clean-up di Sungai Keroh, KTM Segambut, Kuala Lumpur.

by haramakers

Pada 17 Februari 2024 (Sabtu) yang lepas, telah berlangsungnya program River Cleanup di Sungai Keroh, KTM Segambut, Kuala Lumpur.

Program ini adalah dengan kerjasama MVM bersama Hara Makers .

Seramai lebih kurang 16 sukarelawan MVM telah sertai di dalam program ini bagi membantu membersihkan sungai.

Hasil kutipan sampah yang telah berjaya dikumpulkan adalah sebanyak 56.5kg.

Tahniah semua sukarelawan yang telah terlibat di dalam program ini. Anda semua memang awesome!

Program ini sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa kebersihan sungai amat penting untuk selamatkan bumi kita dan pentingnya peranan kita untuk mengamalkan cara kitar semula barangan terpakai di dalam kehidupan kita.

Insha allah, kita akan adakan lagi program ini di lain waktu. Jadi nantikan hebahan dari kami di laman sosial MVM.😉

You may also like